Bahan-bahan:
½ ekor ayam | potong 4
250ml santan
1 helai daun kunyit
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
1sm kunyit hidup
1sm lengkuas
2 biji buah keras
Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga naik baunya.
2. Masukkan bahan kisar dan biarkan hingga garing.
3. Setelah itu masukkan ayam dan biarkan masak sehingga ayam kecut.
4. Kemudian masukkan santan bersama daun kunyit. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan biarkan masak hingga kuahnya menjadi pekat.
6. Angkat dan sedia dinikmati.
No comments:
Post a Comment