RESEPI AGAR AGAR SANTAN
Bahan-bahan ( ramai )
- Agar-agar satu peket
- Air penuhkan 3/4 periuk (periuk yg saiz 'sedang')
- Gula pasir secukup manis/rasa
- Daun pandan sehelai dua
- 2 biji telur ayam
- 2 cawan santan pekat
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara
- Basuh agar2 dan masukkan dlm periuk yg diletak air 3/4 penuh.
- masukkan juga gula pasir, daun pandan dan pewarna hijau ke dalam periuk dan biar mengelegak sampai agar2 hancur lebur
- Di satu mangkuk yg lain. Masukkan santan dan telur. Satukan hingga sebati.
- Apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur lebur, masukkan campuran santan dan telur tadi.
- Biarkan bhn menggelegak sekali sahaja, kacau dan tutup api.
- Masukkan dlm bekas yg disukai / loyang... biarkan sejuk dan boleh makan.
RESEPI KUIH BENGKANG
Bahan-bahannya:
Tepung beras 300 gm
Gula 400 gm
Santan pekat 600 gm
Air 900 gm
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan diatas kedalam sebuah mangkuk.Kacau hingga sebati dan tapis campuran itu.Kacau bahan itu diatas api sederhana selama 10 minit sehingga agak pekat. Padamkan api. Kacau dengankuat menggunakan senduk kayu sehingga menjadi adunan yang licin dan berkilat. Tuangkan adunan kedalam loyang bergarispusat 26 cm yang telah dialas dengan daun pisang. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 11/2 jam. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan
Tepung beras 300 gm
Gula 400 gm
Santan pekat 600 gm
Air 900 gm
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan diatas kedalam sebuah mangkuk.Kacau hingga sebati dan tapis campuran itu.Kacau bahan itu diatas api sederhana selama 10 minit sehingga agak pekat. Padamkan api. Kacau dengankuat menggunakan senduk kayu sehingga menjadi adunan yang licin dan berkilat. Tuangkan adunan kedalam loyang bergarispusat 26 cm yang telah dialas dengan daun pisang. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 11/2 jam. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan
RESEPI KUIH LAPIS
Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
- 1 st garam
- 2 paket santan serbuk
- 1 st minyak masak
- 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
- 4 cawan air
Cara-cara
- Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
- Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
- Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
- Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
- Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
- Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
- * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
- RESEPI KUIH KAPIT
Bahan-bahan ( x sempat nak kira, tau2 habih :( )
- 500g Tepung gandum
- 500g Gula pasir (saya kurangkan gula sbb x suka manis)
- 3 cwn santan ( kalau nak lemak, semua guna santan pekat)
- 3 biji telur
- ½ sudu teh garam - masukkan dlm santan dan kacau
- Minyak utk goreng
Cara-cara
- Pukul telur hingga kembang.
- Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
- Panaskan minyak dengan acuan terendam.
- Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.
- Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras.
- Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun.