Pages

Sunday, 13 March 2011

Resepi mee kari

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 paket mi kuning-basuh&celur
  • 1 paket kecil pati santan-santan kotak&santan serbuk boleh juga
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar lada kisar-boleh kurang kalau x mahu pedas
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit air asam jawa
  • 1/2kg udang-ikut suka nak byk atau sikit (buang kulit)
  • 1kg kerang-ikut suka nak byk atau sikit(rebus&ambil isi)
  • 2 keping fishcake-dipotong
  • 1 paket fishball-ikut suka potong/tidak
  • 1 ikat sayur sawi-dipotong,basuh&celur
  • 200gram Taugeh-basuh&celur
  • 1 batang bunga kantan-belah dua/empat(kalau x ada x sedap)
  • 2 biji telur-direbus,kupas&potong 2 atau 4
  • 2 ulas bawang kecil-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • Sedikit halia-ditumbuk
  • Minyak-untuk tumis
  • Garam-secukup rasa
  • Air masak
  • 2 keping tauhu goreng-x ada x apa
  • 1 paket tauhu kering-dipotong dua
  • Daun sup&bawang goreng-hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak masak.
  2. Tumiskan bawang kecil,putih&halia.
  3. Gaul rempah kari&lada kisar dgn sedikit air sehingga sebati&tumis sekali dgn bawang serta halia tadi.
  4. Sesudah agak naik minyak&masak lada serta rempah tadi,masukkan air asam jawa serta garam.
  5. Masukkan fishcake&fishball.
  6. Masukkan pati santan,air&bunga kantan.
  7. Masukkan tauhu kering,tauhu goreng&udang.
  8. Masukkan isi kerang.
  9. Siap untuk dihidang.
  10. Selepas mi diisi dgn kuah kari,boleh hiaskan dgn sawi&tauge yg telah dicelur diatasnya.Hias juga dgn daun sup&bawang goreng.


No comments:

Post a Comment